Assalamualaikum
In the name of Allah,the most garce and the most merciful

aku..
menanam sebatang pokok pisang..
yang dimulai dengan sebatang anak pokok..
yang kerdil..yang mampu dipijak mati pada ketika itu juga..
namun,usahaku terus menanamnya...
dengan harapan,buahnya mampu memanfaatkan orang lain..

dia sangat kecil..
aku tidak mampu memeliharanya 24jam,setiap masa..
lalu ku tinggalnya berseorangan hampir sepanjang masa..
dikelilingi cabaran yang tidak dijangka..

hujan tiba..
ribut mengamuk..
bah menenggelamnya separuh badan..
namun,dia tetap tegak disitu..
tidak terguris sedikit pun isi lembutnya..'
dia meneruskan perjuangan untuk terus tumbuh segar..
sekalipun lemas di dasar amukan alam..

kini,
dia tetap segar..
sudah membesar..tinggi lampai..
batangnya semakin keras...utuh dan semakin teguh..
pelepahnya bertambah banyak..
membuatkan hati menjadi redup pabila melihatnya..

tetapi..
kini bertambah tanggungjawabnya,
dia memikul jantung pisang..
diikuti setandan pisang..
yang ku boleh jangka beratnya mencecah 5kg.
atau mungkin lebih..
sementara menunggu buah untuk masak dituai..

aneh..
pokok yang kita tahu..
akarnya serabut..
batangnya boleh ditebas..
tak sesusah menebang pokok durian..
tetapi mampu memikul berat pisang itu..
itu belum dilalui panas terik dan hujan ..
yang tidak menentu musimnya..
tetapi..
dia masih mampu membuahkan hasil..
yang benar memanfaatkan kita...
lihat sahaja..
dia juga mampu membiak lagi..
dan terus menerus meneruskan warisan
tanpa tumbang berlawan arus..


mungkin ada yang berlainan pendapat dengan perumpamaan ini..
tetapi bagiku.
ia cukup untuk mengambarkan sedikit pengajaran untuk kita..

sebagai insan yang 'sebaik baik ciptaan'
dugaan dan pahit getir itu semua perlu dilalui..
tiada laluan mudah menuju kemenangan..
dan tiada tanggungjawab yang dapat dielakkan
kelak kita akan melahirkan zuriat kita..
tetapi cerminan kita bagaimana?
cukupkah untuk mendidik zuriat yang cemerlang dunia dan akhirat..
bukankah masa depan anak kita dimulai dengan perubahan pada diri kita
sewaktu masih muda...

jadilah umpama sebatang pokok pisang..
biar segetir mana ujian..
biarlah seberat mana tanggunggan..
tetapi dia tetap mampu berbakti..
mampu memanfaatkan dirinya..
dan mampu mewariskan anak pokoknya..
untuk bersama menjadi terbaik..

rona hidup memang berliku liku..
kalau sebatang pisang mampu bertahan..
mengapa bukan kita?
bukankah...
"setiap kesusahan pasti ada kesenangan"

bersama kita renungkan..
bangkitkan diri kita..
bantulah yang lain..
bersama tidak berhenti berusaha..
menjadi yang terbaik..

Allahuallam

PESANAN PEACEMAKERISLAM

JADILAH SEPERTI IKAN DI DALAM LAUT,WALAUPUN DIKELILINGI AIR YANG MASIN,TETAPI DAGINGNYA MASIH TAWAR..

INSYAALLAH
0

Add a comment

Loading